Harian Metro

PERJALANAN PILU

-

 Ribuan hadiri majlis pemakaman Almarhum Sultan Abdul

Halim Mu’adzam Shah di Makam Diraja Jalan Langgar

Alor Setar

Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selamat disemadika­n di Makam Diraja Jalan Langgar, Alor Setar jam 4.30 petang, semalam.

Keranda jenazah Almarhum baginda tiba dan dibawa masuk ke makam menggunaka­n pengusung diraja oleh pegawai Istana Anak Bukit.

Ribuan orang terdiri daripada orang ramai serta kerabat diraja dan tetamu kenamaan menghadiri majlis pemakaman itu sebagai tanda penghormat­an terakhir kepada baginda yang mangkat jam 2.30 petang, kelmarin.

Bacaan talkin dipimpin oleh Mufti Kedah, Datuk

Syeikh Fadhil Awang.

Turut mengiringi jenazah Almarhum adalah Sultan dan Sultanah Kedah yang baru dimasyhurk­an, Tunku Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Tengku Maliha Tengku Ariff.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Terdahulu, Almarhum baginda disemayamk­an di Dewan Penghadapa­n, Istana Anak Bukit bermula jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari bagi membolehka­n rakyat dan orang kenamaan memberi penghormat­an terakhir.

Sebelum itu, pada jam 10.30 pagi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamka­n solat jenazah di Dewan Penghadapa­n.

Pedati khas membawa jenazah Almarhum keluar meninggalk­an Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang dan tiba di Makam Diraja Langgar pada jam 4 petang.

Sementara itu, rakyat jelata pelbagai kaum dan bangsa tidak melepaskan peluang memberi penghormat­an apabila dilihat berdiri di tepi jalan di sepanjang laluan pedati khas yang membawa jenazah Sultan Abdul Halim dari Istana Anak Bukit.

Jenazah Almarhum diarak di sepanjang Lebuhraya Darulaman, sebelum melalui Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar, di sini, menuju ke Makam Diraja Langgar.

Sebaik istiadat pemakaman selesai kira-kira jam 4.45 petang, Syeikh Fadzil dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin dan Syeikh Alauddin Abu Bakar memimpin bacaan tahlil dan doa.

Turut berangkat ke Makam Diraja ialah Sultan Kedah yang baru dimasyhurk­an,

Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Muhammad V memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
SULTAN Muhammad V memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia