Harian Metro

‘Saya pasti rindu saat sediakan santapan’

-

“Almarhum seorang yang mudah dan tidak pernah cerewet soal makanan dan antara makanan kegemarann­ya adalah nasi dengan kari ikan masin atau ikan pekasam.”

Begitu kata pelayan Istana Anak Bukit, Md Zakhi Yahaya, 56, yang pastinya merindui saat menyediaka­n ‘ikan masin’ atau ‘ikan pekasam’ bersama nasi untuk santapan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat di istana jam 2.30 petang, kelmarin.

Dia yang hampir dua dekad mendedikas­ikan diri berkhidmat di istana Kedah berkata, Tuanku Abdul Halim amat menyukai nasi dengan kari, ikan asin atau ‘pekasam’.

“Selama 20 tahun berkhidmat di istana ini, saya tidak berpeluang lagi untuk menyediaka­n santapan untuk Sultan

Abdul Halim.

“Almarhum sentiasa memberi keutamaan kepada kesejahter­aan kakitangan di istana dan tidak akan teragak-agak untuk membantu pekerja dengan keperluan mereka,” katanya.

Rakannya, Ahmad Zariff Zakaria, 31, yang berkhidmat di istana sejak lapan tahun lalu berkata, Sultan Abdul Halim adalah pemerintah sejati kerana sikap baik dan penyayang kepada rakyat.

“Saya mengikuti Almarhum ketika Tuanku berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua dari 2011 hingga akhir tahun lalu.

“Sepanjang lima tahun di Istana Negara, saya dapati Almarhum tetap penyayang, lemah lembut walaupun dipilih sebagai Agong,” katanya.

Datuk Bentara Setia Istana Anak Bukit, Datuk Arfanuddin Hussain, 74, berkata, semua kakitangan mempunyai banyak kenangan indah dengan Almarhum Sultan.

“Sebagai pengerusi persatuan penghulu saya

kerap menghadap Tuanku untuk membincang­kan isu semasa di negeri ini.

“Tuanku sentiasa berusaha memenuhi semua jemputan membabitka­n rakyat jelata terutama hari sukan sekolah dan juga anugerah cemerlang akademik,” katanya.

Sementara itu, seorang petani, Ahmad Mohd Arshad, 78, sanggup menempuh perjalanan lebih 20 kilometer dari Bukit Payung, Pokok Sena semata-mata untuk memberi penghormat­an terakhir dalam Istiadat Pemakaman Sultan Kedah.

 ??  ?? ARFANUDDIN
ARFANUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia