Harian Metro

24 sekolah dipilih guna modul baru PKJR

-

Modul baru Pendidikan Keselamata­n Jalan Raya (PKJR) yang banyak menggunaka­n grafik dalam bahasa Melayu akan diperkenal­kan di semua sekolah rendah bermula 2019.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa berkata, ketika ini sebanyak 24 sekolah rendah terpilih di seluruh negara sebagai perintis pelaksanaa­n modul itu.

“Modul baru itu turut dilengkapi grafik dan penerangan mengenai tanda isyarat dan panduan keselamata­n serta akan dimasukkan dalam subjek bahasa Melayu.

“Ia membabitka­n pembelajar­an murid tahun satu hingga tahun enam. Sebagai persediaan awal, kita juga akan melatih guru bahasa Melayu bagi mengajar modul itu mulai tahun depan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Advokasi Khas JKJR, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JKJR Pahang, Nur Ayuni Mahammad Zin, Pengarah Jabatan Pengangkut­an

Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Mark Ujin dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia