Harian Metro

Mohon dana baik pulih pasar

-

Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) diminta memohon peruntukan segera daripada Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi melaksanak­an kerja baik pulih dan menaik taraf Pasar Besar Seremban yang musnah dalam kebakaran, Sabtu lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja baik pulih tingkat satu bangunan yang terbakar itu perlu segera dilakukan demi kepentinga­n rakyat terutama peniaga.

“Kita belum mengetahui kos keseluruha­n projek membaik pulih bangunan itu kerana masih menunggu laporan siasatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Buat masa ini, tingkat atas itu ditutup selama dua minggu bagi membolehka­n siasatan dilakukan untuk menentukan punca kejadian,” katanya selepas merasmikan Pusat

Komuniti Taman Marida Senawang, di sini, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia