Harian Metro

6 kereta belum cukup

-

 Pesara berhabis RM100,000 baiki Mercedes-Benz klasik

Kerana minat, dia pernah menahan teksi Mercedes-Benz klasik model 123 ketika bercuti di Pulau Pinang pada tahun lalu, dengan harapan dapat memujuk pemiliknya menjual kereta itu kepadanya.

Bagaimanap­un, dia hampa apabila pemilik kereta itu enggan menjualnya.

Itu antara pengalaman pencinta kereta klasik, Mohd Jais Nikmat, 55, yang pernah satu ketika memiliki 16 kereta klasik daripada model BMW, Volkswagen dan Mercedes-Benz.

Pesara itu mula meminati kereta klasik sejak usia 40 tahun dan selepas bersara dia memberi tumpuan kepada usaha mengumpul kereta klasik Mercedes Benz.

Katanya, Mercedes-Benz model 123 miliknya yang berusia 33 tahun pernah dipandu sehingga ke Phuket dan Krabi, Thailand.

“Kini saya ada enam Mercedes-Benz klasik di rumah saya termasuk model 123, 124 dan 208. Lebih RM100,000 dibelanjak­an untuk membaiki semula semua kereta kesayangan saya itu.

“Bukan semua mekanik pandai membaiki kereta Mercedes-Benz lama. Saya perlu mencari yang pakar selain terpaksa tempah alat ganti dari Jerman,” katanya yang mempunyai sembilan cucu.

Bekas penolong pengurus dan arkitek itu berkata, dia bercadang menambah dua lagi Mercedes-Benz klasik.

“Saya mengidamka­n Mercedes-Benz jenis limosin yang di dalamnya mempunyai peti sejuk,” katanya.

Menurut Mohd Jais, kereta klasik bercirikan mewah itu selesa untuk dibawa ke mana-mana.

“Saya pernah memandu kereta ini ke Thailand yang jauhnya 2,000 kilometer. Tidak sakit badan pandu kereta ini dan ia tidak memberi sebarang masalah kepada saya.

“Kereta seperti hubungan suami isteri juga. Kita perlu sentiasa ambil tahu dan jangan mengabaika­nnya jika tidak ia akan ‘merajuk’,” katanya.

 ??  ?? ANTARA koleksi Mercedes Benz milik
Mohd Jais.
ANTARA koleksi Mercedes Benz milik Mohd Jais.
 ??  ?? MOHD Jais bersama koleksi kesayangan­nya.
MOHD Jais bersama koleksi kesayangan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia