Harian Metro

PAS Kelantan gesa polis ambil tindakan

-

Kota Bharu: Dewan Pemuda PAS Kelantan semalam membuat laporan polis ke atas tiga individu termasuk peguam Siti Kassim yang didakwa menghina Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, ulama dan Islam keseluruha­n.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 10.30 pagi.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Nor Azariza Mohd Alawi berkata, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas individu berkenaan.

Turut dinamakan adalah David Orak dan Ronnie Liu yang juga pemimpin parti pembangkan­g.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan tindakan mereka. Tidak sepatutnya mereka menghina sedemikian sehingga mencemar nabi dan Islam.

“Dalam laman sosial Facebook pada 1, 7 dan 8 September lalu, Siti Kassim dan David Orak membuat kenyataan yang banyak menyimpang daripada Islam sebenar termasuk pengorbana­n dilakukan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail A.S.

“Mereka juga mengeliruk­an orang ramai apabila menyatakan Nabi Ismail adalah anak luar nikah,” katanya di sini, semalam.

 ??  ?? NOR Azariza (tengah) bersama 30 pemuda PAS Kelantan berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis.
NOR Azariza (tengah) bersama 30 pemuda PAS Kelantan berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia