Harian Metro

Satu dunia lancar misi bantuan

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Ribuan pelarian Muslim Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar untuk mencari perlindung­an berkemungk­inan berpindah ke penempatan baru di sebuah pulau di Bangladesh yang dilanda banjir setiap tahun.

Kerajaan Bangladesh sudah merayu sokongan antarabang­sa untuk memindahka­n mereka ke pulau itu kerana menghadapi krisis yang semakin meningkat berikutan tindakan keras tentera di Rakhine, Myanmar yang dikuasai Buddha.

Lebih 300,000 Rohingya lari ke Bangladesh sejak serangan pada 25 Ogos lalu dan tinggal di kem yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di daerah Cox’s Bazar, dekat dengan sempadan Myanmar.

Ia menyebabka­n pihak berkuasa Bangladesh mencari tanah untuk membina lebih banyak kem, termasuk di pulau Thengar Char yang tidak berpenghun­i dan dinamakan semula sebagai Bhasan Char biarpun mendapat tentangan pemimpin Rohingya dan pegawai PBB sendiri.

Bhasan Char, terletak di muara Sungai Meghna, mengambil masa satu jam perjalanan menaiki bot dari Sandwip, pulau terhampir yang mempunyai penduduk dan dua jam dari Hatiya, salah satu pulau terbesar di Bangladesh.

Pihak berkuasa pertama kali mengusulka­n menetap pelarian Rohingya di sana pada 2015 ketika kem di Cox’s Bazar padat dengan pendatang baru.

Bagaimanap­un, rancangan itu ditangguhk­an tahun lalu dan laporan menyebut ia adalah pulau lumpur, yang hanya muncul dari laut pada 2006 tidak dapat didiami kerana banjir pasang surut.

Kerajaan cuba mencari ruang baru untuk Rohingya, termasuk mendirikan kem baru seluas 800 hektar berhampira­n Cox’s Bazar, dekat dengan sempadan Myanmar, yang akan menempatka­n sekitar 250,000 Rohingya. Kuala Lumpur: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dan negara jiran sudah mula mengaktifk­an misi bantuan ke Bangladesh untuk membantu etnik Rohingya yang baru tiba di sempadan negara itu.

Antaranya PASRelief, Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Serantau Muslim, Salimah, Global Peace Mission, Mountain Of Mercy dari United Kingdom, Syaikhul Islam (Thailand) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Hujung minggu ini, satu lagi NGO kemanusiaa­n, Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care) turut menjalanka­n misi di beberapa lokasi di sempadan Bangladesh, lokasi di mana pelarian mula tiba dari Myanmar.

Semalam, PASRelief menyerahka­n sumbangan hasil sumbangan rakyat negara ini ke kawasan Tankhali yang menjadi penempatan terbaru pelarian Rohingya di Bangladesh.

Dengan nilai bantuan berjumlah RM150,000 terdiri daripada pek makanan, pakaian, rumah perlindung­an dan tandas, ia adalah bantuan segera yang diusahakan untuk membantu saudara seagama di sana.

Pengarah PASRelief Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya tiba ke lokasi itu kelmarin dan bekerjasam­a dengan NGO tempatan untuk mengagihka­n bantuan berkenaan yang sangat diperlukan etnik Rohingya, terutamany­a yang baru tiba dari Arakan.

“Alhamdulil­lah, hari ini 450 pek makanan, 50 unit rumah perlindung­an, 20 telaga air, lima tandas bilik mandi, dan pakaian bernilai RM5000 sudah kita serahkan.

“Keadaan di sini begitu menyedihka­n dengan pelarian berada di tepi jalan sejauh 30 kilometer ke Kutupalong tanpa sebarang bantuan.

“Ada yang terlalu keletihan, lapar dan uzur di menjadikan keadaan di sini begitu sesak. Bagaimanap­un, ia dapat dikawal,” katanya kepada Harian Metro.

Justeru, katanya, kepada yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi Tabung Kemanusiaa­n PASRelief di nombor akaun 5640706113­52 (Maybank).

Sementara itu, Aktivis Kerjasama Untuk Aktiviti Kemanusiaa­n (CHA) Salim Ullah berkata, pihaknya berterima kasih dengan bantuan diberikan saudara Islam di Malaysia dan berharap lebih ramai tampil membantu.

Katanya, keadaan di sekitar laluan masuk ke Bangladesh di Teknaf tidak banyak berubah dengan pelarian masing-masing mencari ruang untuk dijadikan tempat tinggal sementara.

 Pelarian Rohingya mungkin ditempat di lokasi sering bah

 ??  ?? PELARI AN Rohingya tiba dari Myanmar selepas men y eber an gi Sungai Naf,
Ban glades h.
PELARI AN Rohingya tiba dari Myanmar selepas men y eber an gi Sungai Naf, Ban glades h.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia