Harian Metro

GPMS, RY anjur jelajah keamanan hujung bulan

-

Kuala Lumpur: Jelajah keamanan akan dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) bersama Belia Rohingya (RY) akan diadakan hujung bulan ini dalam usaha memberi kesedaran kepada generasi muda di negara ini.

Presidenny­a Zambri Mohd Isa berkata, pihaknya akan membawa isu yang sedang hangat ketika ini untuk belia negara ini melihat isu kemanusiaa­n itu dalam perspektif negara ini.

Katanya, jelajah yang turut disertai Presiden RY Mohammed Farouque Lal Mo- hammed itu akan berkongsi kisah sedih pelarian Rohingya yang sengsara ekoran operasi ketenteraa­n sejak 25 Ogos lalu.

“Menerusi kerjasama itu, kita harapkan situasi menang-menang di mana rakan-rakan RY juga berpeluang mengikuti kursus asas seperti perundanga­n, dan hak asasi. GPMS akan membantu menerusi platform sedia ada,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Zambri bertemu Mohammed Farouque semalam susulan sidang media Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai Rohingya minggu lalu.

Sementara itu, Mohammed Farouque berkata, beliau juga sudah mengadakan pertemuan dengan Khairy awal tahun lalu bagi membincang­kan isu generasi muda Rohingya di negara ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada GPMS kerana memberi satu sudut pandang mengenai masa depan kami.

“Banyak lagi bantuan yang kami harapkan. Anda semua adalah sahabat dan saudara kami. Doakan kami dapat melalui saat genting ketika ini,” katanya.

 ??  ?? ZAMBRI (kanan) bersama Mohammed Farouque (dua dari kiri) dalam pertemuan, semalam.
ZAMBRI (kanan) bersama Mohammed Farouque (dua dari kiri) dalam pertemuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia