Harian Metro

Suu Kyi bakal buat rundingan aman

-

Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi buat kali pertama mengadakan rundingan dengan Pengerusi Majlis Pemulihan Negeri Shan (RCSS), U Yawd Serk di Nay Pyi Taw kelmarin, lapor agensi berita China Xinhua.

RCSS satu daripada lapan kumpulan pemberonta­k yang menandatan­gani Perjanjian Gencatan

Senjata Negara (NCA).

Rundingan yang berlangsun­g di Pusat Pendamaian dan

Keamanan Negara (NRPC) itu, antara lain membincang­kan mengenai langkah menangani keganasan, genjatan senjata, pendidikan, kesihatan, masalah penyalahgu­naan dadah dan pembanguna­n etnik serantau.

Pada hari sama, wakil perunding pendamai kerajaan U Kyaw Tint Swe merangkap naib pengerusi NRPC dan menteri untuk Pejabat Penasihat Negara turut mengadakan perbincang­an dengan U Yawd Serk.

Kerajaan sebelum ini memulakan NCA pada Oktober 2015 dengan lapan daripada keseluruha­n 15 kumpulan bersenjata namun tujuh lagi kumpulan enggan menandatan­gani perjanjian.

Myanmar mengadakan Persidanga­n Keamanan Abad Ke-21 pada Ogos

2016 dan Mei 2017 melaluinya berhasil menggabung­kan sejumlah 37 prinsip yang diterima pakai dalam proses perdamaian negara. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia