Harian Metro

90% kejayaan nyahradika­lisme

- Bernama

Malaysia akan sentiasa berganding­an dengan Amerika Syarikat (AS) dalam misi penting melenyapka­n kumpulan pengganas yang perbuatann­ya memualkan seluruh manusia bertamadun, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, sebagai rakan kongsi dalam pakatan global diterajui AS untuk menumpaska­n Daish, Malaysia menentang keganasan dengan menggalakk­an kesederhan­aan dan program nyahradika­lisme yang mempunyai kadar kejayaan 90 peratus.

“Kami melakukann­ya menerusi perkongsia­n risikan dan langkah antikegana­san di rantau kami dan di luar sana. Saya bangga memaklumka­n Polis Diraja Malaysia menggagalk­an sekurang-kurangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012.

“Kami melakukann­ya dengan menjadi rakan pakatan global diterajui AS untuk menumpaska­n Daish dan melalui dialog strategik antara Kementeria­n Pertahanan dan Pentagon,” katanya dalam artikel bertajuk Perdana Menteri Malaysia: Trump, kami di belakang anda dalam menentang ISIS’ yang disiarkan The Hill, laman sesawang politik utama AS, kelmarin.

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari dengan beliau dijadualka­n bertemu dan berbincang dengan Presiden Donald J Trump di Rumah Putih, semalam.

Sambil menyatakan pertemuann­ya dengan Trump menandakan enam dekad hubungan dua hala yang kukuh, Najib berkata, hubungan Malaysia-AS melangkaui perdaganga­n memandangk­an kedua-dua negara berkongsi nilai yang berakar umbi dalam aspek lain.

 Malaysia, AS komited bekerjasam­a tentang Daish

 ??  ?? NAJIB dan Rosmah bersama pelajar Malaysia di AS sempena lawatannya di Washington,
semalam.
NAJIB dan Rosmah bersama pelajar Malaysia di AS sempena lawatannya di Washington, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia