Harian Metro

JLM terima kapal MV Polaris RM92 juta

-

Pelabuhan Klang: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menerima kapal pelbagai guna MV Polaris bernilai RM92 juta yang bakal digunakan bagi pelbagai tugasan di lautan, semalam.

Ketua Pengarahny­a Datuk Baharin Datuk Abdul Hamid berkata, kapal yang direka khas Muhibbah Engineerin­g (M) Bhd itu dilengkapi teknologi terkini dan mengambil masa 20 bulan untuk disiapkan sejak 15 Januari tahun lalu.

Menurut beliau, kapal MV Polaris berfungsi menjalanka­n latihan bagi pegawai dan anggota JLM selain menunda kapal dagang serta bantuan misi kecemasan pasukan keselamata­n negara di lautan.

“Mengikut perancanga­n, kapal ini akan beroperasi di perairan Malaysia terutama Selat Melaka. Namun, ia boleh bertindak sebagai kapal penunda (ETV) bagi membantu kapal yang mengalami kecemasan sepanjang perairan itu

“Kapal berkelajua­n 15 knot itu dilengkapi bilik kuliah dan mesyuarat, gimnasium, surau serta kabin,” katanya selepas majlis pelancaran kapal itu di Jeti Institut Latihan Pengangkut­an Laut (MATRAIN), di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Datuk Chua Kok Ching.

Chua berkata pembinaan MV Polaris itu menjadi bukti kepada negara luar Malaysia komited memastikan keselamata­n pelayaran di perairan negara.

“JLM diminta meneruskan usaha itu bagi memastikan keselamata­n kapal berlayar dan berdagang di negara ini terpelihar­a dan selamat.

“Saya berharap melalui kehadiran MV Polaris ini, kualiti perkhidmat­an penyelengg­araan alat bantuan pelayaran dan keupayaan memberi perkhidmat­an bantuan kecemasan lebih baik dilaksanak­an,” katanya. Kuala Terengganu: Usahawan perusahaan makanan dan minuman (F&B) yang mempunyai sijil halal seharusnya mengambil peluang memasarkan produk mereka untuk memenuhi permintaan tinggi pada penganjura­n temasya besar dunia seperti Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembanguna­n Usahawan (YPU) Terengganu Dr Tengku Khairi A Rahman berkata, antara langkah boleh diambil dengan menyenarai­kan produk mereka di AliBaba.com, portal e-dagang gergasi dunia milik Jack

Ma.

“Wakil Alibaba.com memaklumka­n permintaan paling tinggi di portal itu ialah produk halal.

“Usahawan F&B di Malaysia bernasib baik kerana pensijilan halal dikeluarka­n JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mendapat pengiktira­fan dunia dan peluang sebegini tidak harus dilepaskan,” katanya selepas Bengkel DFTZ@Alibaba.com SME, di sini, semalam.

 ??  ?? CHUA (sembilan dari kiri) bersama kru kapal MV Polaris selepas melancarka­n kapal berkenaan di Jeti MATRAIN, semalam.
CHUA (sembilan dari kiri) bersama kru kapal MV Polaris selepas melancarka­n kapal berkenaan di Jeti MATRAIN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia