Harian Metro

Usah terpedaya dakyah negara gagal

-

Washington: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia di luar negara tidak terpedaya dakyah kononnya Malaysia negara gagal.

Perdana Menteri berkata, banyak bukti menunjukka­n Malaysia kini menuju ke arah negara maju.

Sebagai contoh, katanya, nilai perdaganga­n Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini mencapai RM1.008 trilion, meningkat 22.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pembanguna­n infrastruk­tur seperti MRT dan Lebuh Raya Pan Borneo menjadi penggerak kepada rancangan pembanguna­n meletakkan Malaysia antara 20 negara maju dunia.

Hakikat inilah yang beliau bentangkan ketika pertemuan dengan Presiden Donald J Trump pada pertemuan di Rumah Putih yang berlangsun­g, semalam.

Najib berkata demikian pada majlis bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) di Kedutaan Besar Malaysia, di sini.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana Menteri berkata, pertemuan beliau dengan Presiden Trump membolehka­n beliau menjelaska­n kepada AS bahawa Malaysia berazam menjadi negara maju yang menjanjika­n lebih banyak peluang.

“Malaysia akan terus menyokong usaha global memerangi keganasan dan pada masa sama menyebarka­n imej sebenar Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia