Harian Metro

Takdir atas jalan

Warga emas maut dirempuh

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Seorang lelaki warga emas maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan di Jalan Merak 3, Bandar Puchong Jaya, Puchong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Lee Ah Kwan, 71, sedang melintas jalan sebelum dirempuh kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa berjalan bersendiri­an berhampira­n lampu isyarat Pusat Beli-Belah The Mines menghala ke Seri Kembangan, di sini.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian ini jam 12 tengah malam oleh pihak Hospital Serdang.

“Mangsa dimaklumka­n meninggal dunia di hospital berkenaan dan bedah siasat dijalankan hari ini (semalam),” katanya.

Megat berkata, berdasarka­n maklumat awal, hanya MyKad ditemui pada mangsa.

“Usaha mengesan waris sedang giat dijalankan. Saksi kejadian dan waris mangsa diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

 ?? LEE Ah Kwan ??
LEE Ah Kwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia