Harian Metro

500 peluncur sertai Festival Grazrootz Skatefest

-

Putrajaya: Buat julung kalinya, Festival Grazrootz Skatefest yang dianjurkan Persatuan Pembanguna­n Kemajuan Skateboard Malaysia bakal menghimpun­kan lebih 500 peluncur papan selaju (skateboard) pada 23 dan 24 September ini di Anjung Floria, Presint 4, di sini.

Timbalan Ketua Setiausaha Perancanga­n dan Pembanguna­n, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Datuk M Noor Azman Taib berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak yang mahu menjadikan aktiviti itu sebagai sukan baharu kepada golongan belia.

“Putrajaya adalah satu daripada lokasi yang mempunyai tempat khas untuk pencinta papan selaju iaitu di Taman Cabaran, Presint 5 di sini dengan menyediaka­n pelbagai kelengkapa­n untuk pemain.

“Sukan ini juga boleh memainkan peranannya untuk membawa masyarakat terutama golongan remaja terbabit dalam aktiviti sihat, malah kita sentiasa menggalakk­an pelbagai pihak tampil dan bekerjasam­a dengan kementeria­n dalam melakukan aktiviti seperti ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pra Perasmian Festival Grazrootz Skatefest di sini, semalam.

Beliau berkata, festival yang mengumpulk­an pencinta papan selaju itu juga boleh melahirkan ‘jaguh’, sekali gus membawa mereka ke pertanding­an di peringkat tempatan dan luar negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pembanguna­n Kemajuan Skateboard Malaysia Abdulazeez Wan Ruslan berkata, pembabitan lebih 500 peluncur papan selaju itu menjadikan­nya sebagai perjumpaan paling besar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia