Harian Metro

LAGUKU UNTUKMU

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Peranan lagu bukan hanya hiburan semata-mata kerana melalui penghayata­n lirik dan iramanya ia mampu menjentik emosi serta mengajak pendengar memahami mesej yang cuba disampaika­n penyanyiny­a.

Lagu patriotik misalnya sangat berkesan dijadikan medium membangkit­kan semangat rasa kecintaan kepada negara dan menghargai jasa pejuang terdahulu yang berkorban demi kemakmuran dikecapi kita hari ini.

Menyedari perkara itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Brickfield­s dengan kerjasama Jawatankua­sa Permuafaka­tan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Brickfield­s menganjurk­an pertanding­an lagu patriotik dan kuiz kemerdekaa­n sempena Malam Negaraku: Sehati Sejiwa 2017 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, baru-baru ini.

Bagi pemenang pertama pertanding­an lagu patriotik Eman Shah Samat, 40, yang membawa pulang wang tunai RM500, sijil dan trofi, bukan wang kemenangan yang dikejar sebaliknya penyertaan­nya sebagai satu cara dia menunjukka­n kecintaan kepada negara dan mengajak orang lain sama-sama menghargai kemerdekaa­n.

“Sejak umur 17 tahun, saya kerap memasuki pertanding­an nyanyian kerana jiwa saya lebih suka

 ??  ?? ABD Halim (lima kanan) bersama sebahagian penduduk mengibarka­n Jalur Gemilang.
ABD Halim (lima kanan) bersama sebahagian penduduk mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? PEMENANG bersama hadiah masing-masing.
PEMENANG bersama hadiah masing-masing.
 ??  ?? PESERTA yang mengambil bahagian
PESERTA yang mengambil bahagian
 ??  ?? ABD Halim Hassan
ABD Halim Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia