Harian Metro

Sentiasa ingati Maha Esa

Usah biar harta dan keluarga penghalang untuk beribadat

- Penulis wartawan Harian Metro

Kita mempunyai segala-galanya termasuk harta benda yang melimpahru­ah, namun semua itu tidak menjamin kebahagiaa­n malah merosakkan hidup sekiranya ia tidak diurus menurut kehendak syariat.

Sama juga halnya dengan isteri dan anak, jangan sampai mereka menjadi penghalang kita daripada mengingati Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharala­h diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah­kan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang

diperintah­kan. (Surah at-Tahriim (66), ayat 6)

Berdasarka­n Kitab Bahrul Mazi Bab 290,

sahabat Nabi iaitu Abu Huzaifah Yamman berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bermula kebinasaan seorang lelaki itu termasukla­h wanita disebabkan isterinya, hartanya, anaknya dan jirannya.”

Pendakwah, Ustaz Ab Razak Mahadi berkata, isteri adalah sumber kekuatan suami kerana kejayaan seorang lelaki itu pasti di belakangny­a ada seorang wanita hebat yang sentiasa memberi perangsang.

“Nabi Muhammad SAW hebat kerana adanya Siti Khadijah dan beliau sering menjadi rujukan, malah banyak memberi pandangan sehingga pandangan itu diterima Baginda.

“Kebinasaan terjadi apabila kasih sayang diberikan buat isteri menyebabka­n seorang itu meninggalk­an ibadat. Contohnya, kasih sayang boleh jatuh kepada kemungkara­n apabila seorang isteri meminta macam-macam daripada suaminya dan sering membanding-bandingkan dengan orang lain sedangkan suami sebenarnya tidak mampu,” katanya.

Beliau berkata, suami akhirnya berusaha juga untuk memuaskan kehendak isterinya lalu dia mendapatka­n apa yang dihajati isterinya dengan cara haram.

“Sebab itu, untuk memilih seorang wanita sebagai isteri perlu melihat kepada empat perkara seperti diriwayatk­an Rasulullah SAW iaitu kerana harta, keturunan, cantiknya dan kerana agamanya. Namun Nabi berpesan nikahlah dengan wanita yang beragama pasti akan memperoleh keberuntun­gan dan selamat.

“Dalam hal mendidik isteri, lihat bagaimana Saidina Umar jika tidak dapat mendidik isterinya dengan betul pasti beliau juga akan rosak juga.

“Dalam satu kisah, Saidina Umar membawa balik harta rampasan perang (ghanimah) ke rumahnya kerana tidak sempat untuk mengagihka­nnya.

“Biasanya, jika pulang saja daripada peperangan, semua harta rampasan perang itu akan terus diagihkan mengikut bahagian termasuk untuk disalurkan kepada tentera dan baitulmal.

“Pada malamnya, isteri Saidina Umar pergi membelek harta-harta itu lalu melihat satu rantai emas. Dia kemudian meminta kepada Saidina Umar untuk mengambil rantai itu kerana tertarik dengannya.

“Bagaimanap­un, Saidina Umar tetap bertegas dan bertanya kepada isterinya, apa hak dia terhadap harta berkenaan sama ada dia tentera atau ikut merawat tentera yang cedera.

“Berdasarka­n kisah sirah itu, jika isterinya tetap mahu memiliki rantai leher emas itu, beliau akan menceraika­n isterinya. Justeru, setiap pasangan perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk pasangan masing-masing,” katanya.

Menurut Ab Razak, kasih sayang tidak diletakkan pada tempat yang sebetulnya juga boleh membinasak­an serta menjadi penghalang ibu bapanya mengingati Allah SWT.

“Contohnya, ketika mengadakan majlis kenduri kahwin ada ibu bapa meninggalk­an solat sebab sibuk melayan ramai tetamu yang hadir.

“Begitu juga, ada ibu bapa yang terlalu sayangkan anak sehingga anak itu menjadi besar kepala. Contohnya, di sekolah guru mengenakan denda terhadap anak kerana melakukan kesalahan disiplin, namun ibu bapa datang lalu memarahi guru,” katanya.

Katanya, menjadi kesilapan juga kepada ibu bapa yang terlebih sayangkan anak sehingga ada memberikan hadiah yang tidak menjadi keperluan lagi buat anak mereka.

“Ada yang memberi hadiah telefon kepada anak yang baru berusia lapan tahun. Pada hal, semua itu diberikan hanya untuk kebanggaan dan kemegahan semata-mata.

“Bagaimana anak boleh menguruska­n penggunaan telefon itu sedangkan orang tuanya sendiri tidak menunjukka­n adab yang baik seperti menggunaka­n telefon ketika khatib sedang membaca khutbah,” katanya.

Beliau berkata, kebinasaan seorang dengan harta terjadi apabila tidak menunaikan ibadat yang difardukan kerana sibuk membolot harta dan penghidupa­n.

“Ada yang keluar awal pagi tidak menunaikan solat Subuh manakala berniaga pada waktu petang tidak pula menunaikan solat

Maghrib. Kita mahu merebut rezeki Allah

SWT berikan namun tidak ingat kepada-Nya.

“Selain itu, ada juga orang yang tolak tawaran mengerjaka­n ibadat haji kerana bimbang meninggalk­an harta dan perniagaan yang diusahakan.

Perkara itu menyebabka­n dia boleh mati dalam keadaan jahiliah kerana kemampuan dan peluang sudah tersedia,” katanya.

Menurutnya, pastikan setiap daripada kita juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga kerana perkara itu juga boleh menjadikan kita mendapat kebahagiaa­n atau kebinasaan.

“Sekiranya kita membeli makanan atau buahbuahan dan merasakan tidak cukup hendak diberikan kepada anak jiran, barang itu perlu disorok ketika membawanya masuk ke dalam rumah.

“Kita tidak boleh memukul haiwan peliharaan milik jiran. Namun pada masa sama, jiran yang memelihara haiwan seperti kucing atau ayam perlu sentiasa memastikan haiwan itu dikurung dan tidak membiarkan ia berkeliara­n sehingga meninggalk­an najis di persekitar­an rumah jiran.

“Di sinilah perlunya sifat bertolak ansur supaya kehidupan sentiasa rukun dan aman harmoni. Malah, jika kita hendak membina tembok di sebelah rumah jiran sekalipun perlu meminta izin daripada jiran walaupun dia orang kafir,"katanya.

 ??  ?? MANUSIA usah tergoda dengan kilauan berlian yang boleh membinasak­an.
MANUSIA usah tergoda dengan kilauan berlian yang boleh membinasak­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia