Harian Metro

Rasulullah kemas, cantik dipandang

-

Rasulullah SAW sangat sukakan kebersihan dan wangi-wangian. Tubuh badan Baginda serta pakaiannya sentiasa bersih dan rapi selain wajah Baginda juga sentiasa ceria.

Apabila menemui utusan kaum yang hendak memeluk Islam, Rasulullah SAW akan memakai pakaian paling terbaik yang dimilikiny­a.

Sebab itu, setiap kali ada orang yang memberi hadiah minyak wangi kepadanya, Baginda tidak pernah menolaknya.

Saidatina Aisyah pernah membuat jubah daripada kain benang bulu untuk Rasulullah SAW.

Namun ketika Baginda memakainya dan berpeluh, keluar bau kain itu yang kurang menyenangk­an.

Selepas itu, Baginda tidak mahu lagi memakainya lagi. (Ihya, 2/318)

Ketika hendak mengenakan kain ihram, Rasulullah SAW selalu memakai wangi-wangian seperti diceritaka­n oleh Sayidah Asiyah, “Aku menyapukan minyak wangi kepada Rasulullah SAW ketika hendak ihram dan setiap kali hendak tawaf ketika tidak berihram.”

Rasulullah SAW juga mempunyai jubah yang disapu dengan minyak za’faran. Ketika solat berjemaah, kadangkada­ng Baginda mengenakan jubah itu.

Sebab itu, bau badan Rasulullah SAW sangat wangi. Anas menceritak­an, “Tidak ada bau dan keringat yang lebih wangi daripada bau dan keringat Rasulullah SAW.” (Riwayat Muslim)

Begitu juga Rasulullah SAW sangat menekankan kebersihan mulut dan gigi. Apabila Rasulullah SAW bangun pada tengah malam, Baginda akan membersihk­an giginya dengan siwak.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Kalau saja tidak memberatka­n umatku, sungguh saya perintahka­n mereka untuk bersiwak terlebih dulu setiap kali hendak melakukan solat.”

Kebanyakan pakaian Baginda berwarna putih kerana Baginda memang suka dengan kain putih, bahkan Baginda juga menganjurk­an umatnya memakai pakaian berwarna putih.

Rasulullah SAW selalu memotong kukunya yang panjang dan membersihk­an kumisnya setiap Jumaat sebelum pergi solat Jumaat.

Itulah antara gambaran sifat Rasulullah SAW yang wajar menjadi ikutan.

Jelas, Baginda sangat menjaga kebersihan, keindahan serta kerapian dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia