Harian Metro

Poster benci rasuah di LRT

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi kempen pencegahan rasuah di sektor pengangkut­an awam.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pada peringkat permulaan, dua koc Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ditampal iklan memaparkan mesej antirasuah di gerabak tren berkenaan.

Beliau berkata, usaha itu kali pertama dilakukan SPRM bagi mengajak orang ramai menolak rasuah.

“Selain dua koc berkenaan, 24 unit panel atas dan lapan unit panel tepi di bahagian dalam gerabak dipaparkan poster informasi berhubung cara melaporkan jenayah rasuah.

“Kami jangka poster itu dilihat 250,000 pengguna tren sehari atau lima juta pengguna sebulan,” katanya selepas melancarka­n Kempen Pencegahan Rasuah Pengangkut­an Awam SPRM bersama Prasarana Berhad di LRT Masjid Jamek, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, kerjasama dengan SPRM diteruskan, malah diperluask­an di negeri lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia