Harian Metro

Wanita didakwa aibkan polis trafik

-

Balik Pulau: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini, semalam, atas dua pertuduhan mengeluark­an perkataan mengaibkan terhadap anggota polis trafik pada 2 September lalu.

Tertuduh, Jabiah Norani, 33, membuat pengakuan itu sejurus kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Moati.

Mengikut pertuduhan, Jabiah didakwa mengaibkan Konstabel Abdul Wafiy Azmi dengan menyatakan kesediaan memberi suapan antara RM20 hingga RM30 bagi mengelak daripada disaman berikutan kesalahan lalu lintas di susur masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, kira-kira jam 10 malam, 2 September lalu.

Selain itu, tertuduh didakwa turut mengaibkan Lans Koperal Mohd Noor Firdaus Abdul Talib dengan komen berunsur perkauman iaitu ‘hang Cina makan babi’ di lokasi, tempat dan masa sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nur Azzuin kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 10 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahdi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? WANITA yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas dakwaan mengaibkan dua anggota polis.
WANITA yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas dakwaan mengaibkan dua anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia