Harian Metro

FELCRA tumpu jagung

-

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) Berhad memberi tumpuan kepada projek tanaman jagung bagi menampung bekalan makanan ternakan di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pengarahny­a Zulkarnain Md Eusope berkata, pihaknya kini dalam proses percubaan dengan menanam jagung daripada 30 jenis benih berbeza untuk menguji kesesuaian tanah dan iklim di negara ini.

Katanya, lima lokasi iaitu di Perlis, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dikenal pasti mempunyai tanah sesuai untuk tanaman itu dengan setiap kawasan membabitka­n keluasan antara 1,000 hingga 1,500 hektar.

“Kalau semua berjalan lancar, projek ini akan dilaksanak­an pada Mac tahun depan, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada sumber makanan ternakan import dianggarka­n berjumlah lebih RM3 bilion setahun sedangkan kita mampu menyediaka­nnya,” katanya.

Zulkarnain berkata demikian pada sidang media program Management Retreat: Perancanga­n Perniagaan 2018-2022 di Banda Hilir, di sini, semalam, membabitka­n seramai 150 peserta dalam kalangan pengurusan FELCRA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia