Harian Metro

Perkasa peranan perpustaka­an

-

“Peranan perpustaka­an perlu diletakkan dalam Agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50) kerana selain ekonomi, ilmu menjadi komponen kedua terbesar negara.

“Justeru, kita harus memastikan pembanguna­n perpustaka­an perlu menyokong ke arah pembinaan masyarakat berilmu dan diletakkan sejajar dengan pembinaan ekonomi kerana negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu,” kata Ketua Pengarah PNM Datuk Nafisah Ahmad pada Persidanga­n Perpustaka­an SeMalaysia 2017 di Dewan Tun Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), semalam.

Kata beliau, dialog TN50 perlu mengambil input dan pandangan daripada generasi muda bagi memastikan peranan perpustaka­an dalam TN50 dapat diperjuang­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia