Harian Metro

Koleksi setem keluaran khas ‘Negaraku’

-

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluark­an setem ‘Negaraku’ bermula 14 September.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Dean Abdullah berkata, setem Negaraku yang dihasilkan itu adalah hasil karya seni terpilih daripada pelajar sekolah menerusi Pertanding­an Seni Negaraku yang diadakan pada Mei lalu.

“Siri setem Negaraku pada kali ini akan menampilka­n empat reka bentuk setem bernilai 55 sen dan 65 sen yang melambangk­an semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang budaya serta etnik.

“Selain itu, kami juga mengeluark­an setem lembaran mini (MS) yang mempunyai logo Negaraku yang dijual pada harga RM3.20 dan RM6.35 setiap satu,” katanya ketika sesi pratonton koleksi setem berkenaan di Galeri Setem Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, di sini, semalam.

 ??  ?? KAKITANGAN Pos Malaysia, Nurshafiqa Mat Kasim menunjukka­n setem dan sampul surat keluaran khas ‘Negaraku’.
KAKITANGAN Pos Malaysia, Nurshafiqa Mat Kasim menunjukka­n setem dan sampul surat keluaran khas ‘Negaraku’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia