Harian Metro

Dibunuh sejurus lahir Enjin Mercedes-Benz terbakar tepi jalan

 Bayi perempuan ditemui dalam longkang

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Orang ramai tidak dapat menahan sebak sebaik melihat mayat bayi perempuan terapung di dalam longkang berhampira­n sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang semalam.

Bayi malang baru dilahirkan itu dipercayai dibuang dalam keadaan tidak berpakaian sebelum ditemui orang ramai kira-kira jam 3 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superinten­dan Habibi Manjiji berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.

“Berdasarka­n keadaan fizikal, mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan sebelum dibuang.

“Petugas perubatan mengesahka­n bayi itu sudah tidak bernyawa. Pihak kami tidak menemui sebarang kecederaan luaran pada tubuh bayi itu,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis forensik juga sudah dihantar ke lokasi untuk melakukan siasatan sebelum bayi berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pengguna di laluan Jalan Permai, Sri Gombak, di sini, gempar apabila sebuah kereta Mercedes-Benz terbakar secara tiba-tiba.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, kebakaran dipercayai berpunca daripada bahagian enjin kereta hingga mengakibat­kan 80 peratus bahagian hadapan musnah.

Difahamkan, orang awam yang melalui lokasi kejadian segera membuat panggilan kecemasan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.12 malam dan sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta didapati sedang marak terbakar.

“Tiada mangsa dilaporkan ketika kejadian berlaku dan anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

 ??  ?? MAYAT bayi yang ditemui orang awam berhampira­n sebuah hotel, semalam.
MAYAT bayi yang ditemui orang awam berhampira­n sebuah hotel, semalam.
 ??  ?? BAHAGIAN enjin musnah selepas dijilat api.
BAHAGIAN enjin musnah selepas dijilat api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia