Harian Metro

Lima warga Myanmar rompak RM10,000

-

Kumpulan warga Myanmar yang sebelum ini cuba memonopoli perniagaan di Pasar

Borong Selayang, di sini, semakin melampau apabila melakukan rompakan terhadap warga tempatan.

Terbaru, lima penjenayah warga Myanmar merompak seorang peniaga di hadapan sebuah bangunan di Pasar Borong Selayang, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa dirompak ketika mahu masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di lokasi kejadian menyebabka­n kerugian RM10,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superinten­dan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek menyebabka­n mangsa terjatuh.

“Suspek melarikan beg milik mangsa mengandung­i wang tunai hasil perniagaan berjumlah RM10,000 dan telefon pintar.

“Akibat pergelutan itu, mangsa cedera ringan,” katanya.

Mohamed Rafiq berkata, polis segera menjalanka­n siasatan berdasarka­n laporan diterima daripada mangsa dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Susulan itu, polis menahan lima suspek warga Myanmar yang tinggal berhampira­n pasar borong.

“Semua suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian itu. Dalam tangkapan itu, kami turut menemui wang tunai hasil rompakan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia