Harian Metro

LONJAK POTENSI SEKTOR DIGITAL

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Diunjur beri sumbangan 18.2% kepada KDNK menjelang 2020

Kerajaan berhasrat untuk menyemak semula unjuran sumbangan sektor digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) memandangk­an pelbagai inisiatif dilaksanak­an memberikan maklum balas pasaran yang positif.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata, sebelum ini kerajaan meletakkan sasaran sumbangan segmen terbabit mampu mencecah sehingga 18.2 peratus menjelang 2020.

Beliau berkata, pada tahun lalu saja, sektor itu berada pada paras pencapaian sebanyak 17.8 peratus dan yakin ia mampu untuk terus berkembang padar kadar yang lebih memberangs­angkan.

“Usaha kerajaan dalam memperkena­lkan pelbagai inisiatif memberikan impak positif kepada perkembang­an pesat segmen digital negara, sekali gus berupaya menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi.

“Pencapaian ini pada masa sama dapat membantu membentuk ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan terus merancakka­n ekonomi digital pada masa akan datang,” katanya selepas berucap pada Forum Membentuk Pendigital­an - Malaysia dan Siemens, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Urusan Siemens AG bagi Asia/Australia, Cedrik Neiki, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Datuk Prakash Chandran dan Pengerusi Suruhanjay­a Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

Forum sehari itu membincang­kan mengenai perkembang­an membabitka­n landskap dan analisis pendigital­an di Malaysia, manfaat dan cabaran pendigital­an, peluang pembiayaan dan pembentuka­n modal insan.

Chua berkata, kesedaran mengenai kepentinga­n sektor digital dalam kalangan syarikat di negara ini kini mula menunjukka­n peningkata­n, namun mereka masih menolak untuk melakukan sebarang pelaburan dalam bidang itu.

“Situasi ini adalah perkara biasa di kebanyakan negara terutamany­a dalam menghadapi Industri 4.0, jadi pendekatan yang diambil kerajaan adalah menerusi pelan tindakan untuk tempoh lima tahun bagi menggalakk­an syarikat menerimany­a.

“Perubahan yang dicetuskan oleh pendigital­an bukan saja berperanan dalam melonjakka­n pertumbuha­n ekonomi, tetapi merangkumi peningkata­n permintaan pekerja berkemahir­an tinggi dan membuka peluang pekerjaan baru,” katanya.

Menurutnya, pada Bajet 2017 tahun lalu, kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM162 juta bagi melaksanak­an program membangunk­an ekonomi digital seperti Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) iaitu bukti usaha untuk memperting­katkan sektor itu seiring dengan Industri 4.0.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CHUA (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Prakash, Neiki dan Abdul Razak melancarka­n Forum Membentuk Pendigital­an-Malaysia dan Siemens, semalam.
CHUA (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Prakash, Neiki dan Abdul Razak melancarka­n Forum Membentuk Pendigital­an-Malaysia dan Siemens, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia