Harian Metro

Perkukuh daya tahan ekonomi negara

-

Kuala Lumpur: Kedudukan fiskal yang kukuh mampu mengekalka­n daya tahan ekonomi serta menyediaka­n ruang fiskal dan fleksibili­ti untuk melaksanak­an langkah menangani kitaran serta menyokong ekonomi ketika berlaku krisis.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, kerajaan sudah merangka dasar fiskal negara untuk menyokong dan mengekalka­n momentum pertumbuha­n ekonomi, meningkatk­an daya saing negara dan menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Selain itu, dasar fiskal negara terus menekankan langkah konsolidas­i ke arah bajet hampir berimbang pada 2020,” katanya pada majlis perasmian Persidanga­n Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 di Bangi, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Perbendaha­raan (Pelaburan), Datuk Seri Dr Mohad Isa Hussain.

Beliau berkata, komitmen untuk mengurangk­an defisit dan paras hutang penting bagi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Katanya, Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka berdepan persekitar­an luar yang mencabar seperti ketidakpas­tian dasar dan politik selepas pemilihan presiden baru Amerika Syarikat, pertumbuha­n lebih perlahan di China dan keputusan referendum di United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

“Bagaimanap­un, pembaharua­n struktur ekonomi, kewangan dan fiskal yang dilaksanak­an selama ini menyediaka­n penampan yang mencukupi untuk menangani cabaran luar seperti kadar inflasi yang terkawal, rizab asing yang mencukupi dan sistem kewangan kukuh dengan penghantar­an berkesan bagi menyokong pertumbuha­n ekonomi,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia