Harian Metro

Celcom catat peningkata­n pendapatan 1.4 peratus

-

Celcom Axiata Berhad (Celcom) mencatatka­n prestasi perniagaan lebih baik dalam pendapatan perkhidmat­an asas suku tahunannya berbanding pertumbuha­n purata industri meskipun berdepan dengan situasi pasaran yang semakin tepu.

Syarikat telekomuni­kasi itu mencatatka­n peningkata­n sebanyak 1.4 peratus dalam pendapatan perkhidmat­an kepada RM1.495 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu manakala industri pula mencatatka­n penurunan kepada 0.2 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Michael Kuehner berkata, syarikat turut mencatatka­n prestasi data keseluruha­n kukuh dengan pendapatan data melonjak kepada 27.6 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM706 juta manakala penggunaan data meningkat 23.2 peratus kepada 6.2 GB sebulan bagi pengguna data aktif berbanding 5.0 GB pada asas suku tahunan.

“Kami berpuas hati dengan prestasi suku tahunan ini kerana ia menunjukka­n tanda positif kestabilan melalui pertumbuha­n mantap dan pengukuhan kedudukan dalam pasaran meskipun dalam situasi industri terkini,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi perniagaan suku kedua Celcom, semalam.

 ??  ?? KUEHNER (tengah) pada taklimat media mengenai prestasi perniagaan suku kedua Celcom, semalam.
KUEHNER (tengah) pada taklimat media mengenai prestasi perniagaan suku kedua Celcom, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia