Harian Metro

JAUH MAHAL BANDING EMAS

- Agensi

Laga cengkerik antara sukan popular di China sejak ribuan tahun lalu hingga menjadikan serangga itu lebih mahal daripada emas.

Sidian, sebuah bandar kecil di wilayah Shandong antara pengeluar cengkerik terkenal dan paling mahal di negara itu.

Sejak ribuan tahun, cengkerik yang ditemui di padang di sekeliling Sidian terkenal kerana bersaiz besar dan agresif, ciri-ciri yang sangat penting dalam kalangan peminat tegar sukan itu.

Beberapa maharaja China juga diceritaka­n memilih cengkerik yang berasal dari padang di Sidian kerana peratusan kemenangan yang tinggi.

Kini peminat sukan itu yang kaya sanggup membelanja­kan sejumlah wang yang tidak masuk akal untuk serangga itu semata-mata mahu menewaskan lawannya.

Pada lewat musim panas dan luruh, kawasan sekitar Sidian sibuk siang dan malam dengan penduduk termasuk dari kampung berhampira­n mencari cengkerik terbaik.

Bagi meningkatk­an harga cengkerik yang ditangkap, serangga itu juga dilatih supaya ia boleh bertarung.

Sidian adalah pasar cengkerik terbesar di China dan pada setiap tahun peminat sukan itu berkampung di bandar itu untuk membeli serangga terbaik.

Pada tahun ini, seorang petani di kampung Caojia menjual seekor cengkerik pada harga 15,000 yuan (RM9,657).

Akhbar tempatan pada 2014 melaporkan, seekor cengkerik dijual pada harga 300,000 yuan (RM193,142) sekali gus menjadi serangga paling mahal dijual di bandar itu.

Akibat perdaganga­n cengkerik yang semakin menguntung­kan sejak beberapa

 Populariti laga cengkerik jadikan harga serangga itu melonjak

tahun lalu menyebabka­n populasi serangga berkenaan di Sidian turun secara mendadak.

 ??  ?? DUA lelaki mencari cengkerik di satu kawasan padang di Sidian di wilayah Shandong, China. - Agensi SEKUMPULAN peminat asyik menonton perlawanan laga cengkerik yang diadakan di China. - Agensi
DUA lelaki mencari cengkerik di satu kawasan padang di Sidian di wilayah Shandong, China. - Agensi SEKUMPULAN peminat asyik menonton perlawanan laga cengkerik yang diadakan di China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia