Harian Metro

Ibu bunuh anak autisme kerana tertekan

-

Seorang wanita membunuh anaknya yang menghidap autisme akibat tertekan kerana tidak mampu menjaga remaja itu seorang diri selepas kematian suami, kata polis.

Seorang penyiasat polis, Ukrit Suthirapho­ngsit berkata, dia bergegas ke sebuah apartmen di daerah Chatuchak di sini pada jam 3 pagi (waktu tempatan) semalam selepas dimaklumka­n ada kes pembunuhan.

“Ketika tiba di lokasi, wanita itu yang dikenali sebagai Yolwadi, 52, ditemui menangis di sisi mayat anak perempuann­ya berusia 15 tahun yang terbaring di atas katil.

Yolwadi memberitah­u penyiasat, anaknya menghidap autisme dan dia menjaga gadis itu seorang diri selepas suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu.

“Wanita itu tiada pilihan selain merantai anaknya di dalam bilik sewa mereka setiap kali dia pergi bekerja kerana bimbang gadis itu keluar rumah,” jelasnya.

Menurutnya, pada malam Isnin lalu, Yolwadi pulang ke rumah dalam keadaan tertekan selepas berhenti kerja.

“Dia kemudianny­a mengikat sehelai kain di leher anaknya dan mengetatka­n perlahan-lahan sehingga mangsa mati.

“Dia juga cuba membunuh diri dengan menelan pil tidur tetapi tidak berjaya,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia