Harian Metro

Jumpa mayat pasangan tua Jepun rentung

-

Polis menyiasat kes pembunuhan pasangan warga Jepun yang mayat mereka ditemui dibakar hingga rentung di sini baru-baru ini.

Mayat Nurio Matsuba, 76, dan isterinya, Hiroko ditemui pada 4 September lalu oleh anak angkatnya di Jimbaran, sebuah perkampung­an nelayan dan kawasan resort di selatan Bali.

“Ini adalah satu pembunuhan terancang. Jelas individu itu merancang untuk membunuh sebelum datang ke rumah mangsa,” kata ketua polis Denpasar, Hadi Purnomo semalam.

Penyiasat mencari lebih seorang suspek dan menemubual 42 saksi setakat ini terdiri daripada ahli keluarga hinggalah rakan perniagaan.

Bagaimanap­un, motif pembunuhan itu masih belum diketahui.

Pasangan itu tinggal di Bali sejak tujuh tahun lalu dan Matsuba adalah seorang broker dalam syarikat pengimport tuna.

Pegawai penyiasat masih menunggu keputusan bedah siasat tetapi pemeriksaa­n awal menemui beberapa kesan tikaman pada mayat Matsuba.

Polis juga menemui tali dan dua pisau di lokasi kejadian. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia