Harian Metro

Pergiat ‘pendapatan’ godam

-

Seoul: Korea Utara disyaki mempergiat serangan siber untuk mencuri wang maya bagi memperoleh dana dan mengelak sekatan dikenakan terhadapny­a, kata pakar keselamata­n.

Menurut penyelidik keselamata­n FireEye dalam laporannya kelmarin, penggodam negara itu menjalanka­n serangan ke atas sekurang-kurangnya tiga bursa mata wang digital Korea Selatan sejak Mei lalu.

Serangan itu termasuk yang berjaya dengan kecurian empat dompet di bursa mata wang maya Yapizon yang berpusat di Seoul.

Laporan berita tempatan berkata, pada Mei lalu, lebih 3,800 bitcoin Yapizon bernilai AS$15 juta (RM63.1 juta) dicuri, walaupun FireEye mengakui tiada bukti jelas menunjukka­n Korea Utara terbabit dalam kes itu.

Ahli Parlimen parti pembangkan­g Korea Selatan, Ha Tae-Kyung, yang memantau aktiviti penggodama­n negara jirannya itu berkata, Korea Utara mencuri lebih 90 bilion won (RM340 juta) melalui cara berkenaan termasuk terhadap mesin pengeluara­n wang automatik.

“Selain sekatan dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerjasama antarabang­sa diperlukan untuk mengekang aktiviti menggodam Korea Utara yang digunankan untuk membiayai program nuklear dan peluru berpandu,” katanya.

Korea Selatan menjadi antara hab perdaganga­n tersibuk di dunia untuk mata wang digital, dengan Bithumb yang berpusat di Seoul tersenarai sebagai pertukaran terbesar dunia untuk mata wang maya ethereum.

Pada Jun lalu, Bithumb terkena serangan siber dipercayai mempunyai kaitan dengan Korea Utara, apabila kira-kira 30,000 maklumat pelanggan dibocorkan, menyebabka­n kira-kira 160 pelanggan memfailkan saman kerana rugi sekitar AS$10 juta (RM42.1 juta). - AFP

 ??  ?? PEKERJA menjunjung pasu
untuk dijemur di Kumbharwad­a, Mumbai, India.
- AFP
PEKERJA menjunjung pasu untuk dijemur di Kumbharwad­a, Mumbai, India. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia