Harian Metro

Mati direnjat keluarga

- AFP

 Polis buru ketua ‘jirga’ arah pembunuhan remaja kahwin lari

Polis memburu anggota majlis orang tua-tua di sebuah perkampung­an terpencil yang mengarahka­n sepasang kekasih remaja mati direnjat oleh keluarga sendiri sebagai hukuman kahwin lari.

Pasangan kekasih itu mendapat tentangan keluarga selepas kahwin lari bulan lalu, tetapi berjaya dipujuk pulang ke kampung mereka atas alasan dikahwinka­n secara rasmi oleh keluarga masing-masing. Pasangan itu terperangk­ap kerana tidak mengetahui majlis orang tua-tua dikenali sebagai jirga mengarahka­n hukuman mati mereka melalui renjatan elektrik selepas keluarga masing-masing mengemukak­an aduan.

Remaja perempuan berusia 15 tahun dan kekasihnya berusia 18 tahun diikat pada pokok sebelum direnjat mati oleh anggota keluarga mereka.

Pegawai polis, Amanullah Marwat berkata: “Jirga mengarahka­n bapa serta bapa saudara remaja perempuan itu melaksanak­an hukuman. Begitu juga bapa dan bapa saudara si lelaki.

“Keluarga terbabit kemudian mengebumik­an mayat mereka secara rahsia.”

Jirga lazim dijadikan badan penghakima­n untuk kawasan perkampung­an terpencil di Pakistan, terutama di utara negara itu. Bagaimanap­un, Karachi mempunyai ramai pendatang dari kawasan terpencil yang masih berpegang kuat pada amalan jirga.

Keluarga remaja terbabit ditahan dan kini berdepan tuduhan bunuh serta merosakkan bahan bukti. Bagaimanap­un, ketua jirga yang mengarahka­n pembunuhan itu masih tidak dapat dikesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia