Harian Metro

Dua eksekutif kanan syarikat skim cepat kaya dijel seumur hidup

-

Dua eksekutif kanan syarikat skim cepat kaya dalam talian dipenjara seumur hidup manakala 24 lain turut dihukum kerana terbabit dalam perancanga­n penipuan yang dianggap terbesar seumpamany­a di China.

Syarikat terbabit, Ezubao, dilaporkan menipu wang AS$7.6 bilion (RM32 bilion) daripada lebih 900,000 pelabur, kebanyakan­nya antara 2014 dan 2015.

Gaya hidup mewah pegawai atasan syarikat berkenaan menarik perhatian meluas terhadap kes berprofil tinggi itu, yang bersama beberapa lain seumpamany­a mengetenga­hkan berleluasa­nya amalan penipuan serta rasuah dalam industri kewangan China.

Ezubao didakwa mengada-adakan kebanyakan projek di laman sesawangny­a dan membayar hutang pelabur lama menggunaka­n wang pelabur baru.

Ding Ning, ketua syarikat induk Ezubao, Yucheng Holdings, dipenjara seumur hidup oleh mahkamah Beijing atas pelbagai kesalahan membabitka­n skim cepat kaya itu dan pemilikan senjata haram, lapor People's Daily.

Seorang lagi pegawai korporat atasannya, Ding Dian, turut menerima hukuman sama.

Dua puluh empat defendan lain dipenjara tiga hingga 15 tahun selain didenda termasuk penalti 1.9 bilion yuan (RM1.22 bilion)) terhadap Yucheng.

Menurut media China, Ding Ning dilaporkan memberi presiden syarikat berkenaan cincin berlian berwarna merah jambu dan sebuah vila mewah di Singapura, selain turut memberi setiausaha­nya beg berjenama seperti Louis Vuitton dan Gucci. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia