Harian Metro

Dendam anak

- Daily Mail

 Lelaki bunuh datuk bandar dipersalah atas kemurungan, kematian bapa

Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan kerana disyaki membalas dendam dan membunuh seorang datuk bandar di Belgium yang ditemui mati dengan leher dikelar di sebuah tanah perkuburan di Mouscron.

Nathan Duponcheel dipercayai membunuh Alfred Gadenne, 71, Datuk Bandar Mouscron - yang bersempada­n dengan Perancis kerana dendam selepas bapanya membunuh diri kerana dipecat daripada tugasnya sebagai bomba.

Duponcheel dikatakan menyalahka­n Gadenne atas kehilangan kerja dan kematian bapanya pada 2015.

Mayat Gadenne ditemui isterinya pada lewat Isnin di Tanah Perkuburan Luingne, di mana mangsa juga bertugas sebagai penjaga.

Dia dipercayai dibunuh ketika pergi ke situ untuk mengunci pagar pada waktu malam. Duponcheel kemudian menyerah diri kepada polis. Bapanya dilaporkan mengalami kemurungan selepas dipecat dan membunuh diri pada Hari Valentine 2015 pada usia 50 tahun.

Akhbar Sudpresse melaporkan, Duponcheel menyalahka­n pihak berkuasa tempatan atas nasib malang bapanya dan menyerang mangsa untuk membalas dendam.

 ??  ?? DUPONCHEEL
DUPONCHEEL
 ??  ?? GADENNE
GADENNE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia