Harian Metro

Tiada masalah

 Skuad angkat berat negara dijangka mampu kekal pencapaian

- Mohd Khairie Khalid Mohd Khairie Khalid

Skuad angkat berat negara dijangka tidak berdepan masalah meraih pencapaian baik di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 meskipun tanpa kelibat atlet Program Podium, Mohd Shahmil Md Saad (gambar).

Atlet yang memenangi pingat emas kategori 107 kilogram (kg) di Singapura 2015 itu tidak diturunkan gara-gara mengalami kecederaan Cervical Discs di tengkuknya, Ramadan lalu.

Kecederaan itu menyebabka­n prospek emas berkenaan terpaksa berehat dan menjalani proses pemulihan agar dapat memberikan tumpuan kepada dua temasya lebih besar iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia masing-masing pada 2018.

Ketua jurulatih angkat berat Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Jamil Adam bagaimanap­un percaya Malaysia yang menamatkan kempen di Singapura dengan tiga emas, dua perak dan lima gangsa mampu melakar keputusan baik di sini.

“Pada peringkat awal, kita sasarkan di Kuala Lumpur untuk mendapatka­n keputusan lebih baik berbanding di Singapura.

“Tetapi disebabkan berlakunya kecederaan salah seorang prospek emas, Mohd Shahmil, jadi sandaran kita beralih kepada atlet baru yang sedang meningkat naik,” kata Jamil ketika ditemui pada sesi latihan angkat berat di Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik Kg Pandan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sandaran kali ini tetap terarah kepada pemenang emas tiga kali di Sukan Para ASEAN iaitu Jong Yee Khie dalam kategori 97 kg serta dua lagi atlet wanita.

Jamil yang juga ketua jurulatih angkat berat Program Podium menjelaska­n temasya di Kuala Lumpur menyaksika­n 70 peratus atlet adalah muka baru sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n atlet negara mengambil bahagian seramai 16 orang.

Beliau turut menjangkak­an Malaysia bakal mendapat saingan sengit Vietnam (juara keseluruha­n angkat berat di Singapura), Indonesia dan Thailand.

Dua tahun lalu di Singapura, tiga emas negara disumbangk­an Yee Khie (97kg), Mohd Shahmil (107kg) dan atlet wanita, Sona Agon (67kg).

 ??  ?? YEE Khie ketika sesi latihan menjelang Sukan Para ASEAN 2017 di Kompleks Paralimpik Kampung Pandan.
YEE Khie ketika sesi latihan menjelang Sukan Para ASEAN 2017 di Kompleks Paralimpik Kampung Pandan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia