Harian Metro

Skuad goalball lelaki mahu akhiri badi

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad goalball lelaki negara mahu memastikan kekecewaan meraih perak dalam lima temasya Para ASEAN ditamatkan pada edisi kesembilan yang hanya berbaki beberapa hari lagi.

Pada edisi 2005, 2007, 2011, 2014 dan 2015, mereka terpaksa akur dengan sekadar meraih perak apabila kecundang kepada Thailand.

“Memang perit apabila kami sudah memberikan yang terbaik dan tentangan sengit namun tewas di final. Jadi kami melakukan persiapan yang rapi kali ini bagi memastikan emas mampu diraih buat kali pertama di tempat sendiri.

“Kami mengadakan latihan di China pada bulan lalu selama dua minggu. Banyak teknik dan ilmu baru diperoleh apabila berpeluang berlatih dengan pasukan bertaraf dunia,” kata kapten skuad lelaki negara, Muhammad Haiqal Azani Azman.

Tambahnya yang tampil buat kali ketiga di Sukan Para ASEAN, mereka turut mengkaji rakaman pemain Thailand termasuk kekalahan di final dua tahun lalu bagi memastikan kesilapan dan kelemahan dapat diperbaiki.

Keyakinan sama turut disuarakan pengurus, Datuk Kamarudin Hassan yang menjelaska­n persiapan rapi sudah dijalankan bagi memastikan emas berjaya diraih kali ini.

“Semasa sesi latihan di China, kita turut menyertai satu kejohanan mini yang disertai lima pasukan termasuk skuad kebangsaan negara itu.

“Pemain mempamer persembaha­n meyakinkan apabila menduduki tempat ketiga dari lima pasukan. Ia memberi keyakinan kepada saya untuk meraih emas di tempat sendiri nanti,” katanya.

 ??  ?? KAMARUDIN (kiri) bersama jurulatih, Abdul Karim Raham (kanan) serta atlet goalball Para negara, Siti Hajar Hasan (dua kiri) dan Muhammad Haiqal pada sidang media Program Kita Juara Para ASEAN.
KAMARUDIN (kiri) bersama jurulatih, Abdul Karim Raham (kanan) serta atlet goalball Para negara, Siti Hajar Hasan (dua kiri) dan Muhammad Haiqal pada sidang media Program Kita Juara Para ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia