Harian Metro

‘Rapat aje tak guna’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 V Shem, Wee Kiong perlukan pakar psikologi lebih mantap

Sudah tiba masanya beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menggunaka­n khidmat pakar psikologi baru.

Itu pandangan yang diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairi Zawi yang berpendapa­t pakar psikologi yang selama ini diberi tanggungja­wab mengukuhka­n mental semua pemain badminton negara, sudah ketandusan idea.

“Pakar psikologi yang bagus sudah boleh mengesan masalah yang dialami pemain ketika latihan lagi dan bukannya semasa atau selepas menyertai pertanding­an.

“Sebenarnya kelemahan ini mempunyai banyak faktor, psikologi salah satu darinya. Bagaimanap­un, saya memerlukan data untuk mengesahka­n perkara ini,” katanya ketika ditemui Arena Metro semalam.

Jelasnya, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga menitikber­atkan mengenai perkara sama (kelemahan mental) terutama selepas skuad badminton negara tidak mencapai sasaran di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Berbalik kepada isu beregu lelaki utama negara, saya rasa penurunan prestasi mereka disebabkan banyak faktor. Gangguan psikologi terjadi sebab mereka terpaksa memikul tanggungja­wab berat. Mungkin kesilapan itu datang dari pihak kami, walaupun pihak persatuan ada meminta pakar-pakar tertentu.

“Seperti contoh, jika tiada keputusan membanggak­an dicapai pemain negara, kita boleh menghantar pakar penganalis­a prestasi yang lain dan tidak terhad kepada orang sama saja.

“Pakar yang berbeza, akan menggunaka­n teknik yang berbeza. Kalau asyik guna orang yang sama memang ada kelebihan dari segi rapat dengan pemain tapi tidak mempunyai jaminan bagi menghasilk­an keputusan cemerlang. Sama seperti pakar sains, apabila sudah menghasilk­an ciptaan baru beliau akan berasa selesa dan berhenti melakukan reka cipta,” katanya.

Ujar Khairi, ISN sentiasa menjadi sebahagian daripada rakan kongsi BAM di mana kedua-dua pihak sentiasa terbuka mengenai perkara itu.

“Kita sebenarnya mempunyai bilangan pakar yang banyak dan perlu menggunaka­nnya dengan baik. Bagaimanap­un, persatuan ada kalanya meminta individu tertentu saja untuk dibawa. Sekarang untuk ‘post mortem’ bukan pemain saja perlu melaluinya tetapi pihak sains sukan juga harus menjalani perkara ini.

“Sebelum ini, penganalis­a prestasi di BAM adalah orang yang sama, begitu juga dengan pakar psikologi dan pakar urut. Sepatutnya kita harus mencuba orang baru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia