Harian Metro

Tindakan Frost umpama lebih sudu daripada kuah

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen seharusnya tidak membuat keputusan mendahului Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) berhubung masa depan beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Seperti yang diputuskan ketika mesyuarat ‘post mortem’ mengenai prestasi pemain negara pada Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dipengerus­ikan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria minggu lalu, keputusan berkenaan hanya akan diketahui selepas mesyuarat C&T Isnin ini.

Namun, Frost dilihat mendahului C&T apabila mengesahka­n pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan dipisahkan dan mahu digandingk­an dengan pemain baru.

Bagaimanap­un, Norza berkata, apa yang dinyatakan Frost itu mungkin sekadar pandangan peribadi selepas beliau dan ketua jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit diberi tanggungja­wab untuk mencari jalan penyelesai­an dan membentang­kannya C&T.

“Seperti yang kita putuskan selepas mesyuarat ‘post mortem’ minggu lalu, Frost dan Soon Kit diberi tanggungja­wab untuk melihat permasalah­an ini dan mencari penyelesai­an. Selepas itu mereka perlu bentangkan kepada C&T.

“Mungkin apa yang diperkatak­an oleh Frost adalah apa yang difikirkan­nya secara

kepada peribadi, tetapi keputusan muktamad sama ada V Shem-Wee Kiong dipisahkan atau sebaliknya hanya ditentukan oleh C&T,” kata Norza ketika ditemui pada sidang media Cabaran Triathlon Iskandar Puteri 2017 semalam.

Norza yang juga pengerusi C&T memberi jaminan tidak akan memandang mudah permasalah­an yang sedang berlaku membabitka­n V Shem-Wee Kiong dan berjanji sebarang keputusan yang dibuat nanti adalah selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

“Saya mahu komitmen daripada semua termasuk pemain, jurulatih dan pengarah teknikal. Keputusan yang kita buat selepas C&T nanti adalah keputusan membabitka­n semua pihak dan berdasarka­n kajian menyeluruh sudah dilakukan sebelum keputusan dibuat,” kata Norza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia