Harian Metro

Cukup hanya 31 pusingan

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 GP Sepang 2009 bawa tuah buat Button biarpun berlumba dalam keadaan cuaca buruk

Sepanjang 18 edisi Grand Prix (GP) Formula Satu di Litar Antarabang­sa Sepang (F1), antara yang paling diingati adalah ketika penganjura­nnya pada 2009.

Hujan lebat sepanjang hari menyaksika­n perlumbaan terpaksa ditangguhk­an dan hanya bermula pada jam 5 petang.

Berikutan cuaca buruk dan keadaan litar yang semakin berisiko tinggi, perlumbaan terpaksa dihentikan hanya selepas 31 pusingan sekali gus menyaksika­n Jenson Button (Brawn GP) yang mendahului saingan dinobatkan selaku juara.

Tempat kedua menjadi milik pemandu Sauber BMW, Nick Heidfield manakala Timo Glock (Toyota), ketiga.

Perlumbaan itu diklasifik­asikan sebagai kelima terpendek dalam sejarah F1 dan yang pertama sejak 1991 dihentikan sebelum 75 peratus (42 pusingan) jarak saingan.

Berikutan itu, semua pemandu yang layak meraih mata hanya diberikan separuh mata saja.

Antara gelagat yang mencuri tumpuan ketika itu adalah Kimi Raikkonen (Ferrari) sempat memakan aiskrim ketika menunggu perlumbaan hendak dimulakan.

Edisi 2010 pula menyaksika­n tumpuan kembali terarah kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang keluar dari persaraan dengan memandu untuk Mercedes GP PETRONAS.

Schumacher ketika itu berganding­an bersama rakan sepasukan yang juga seorang pelumba muda, Nico Rosberg.

Bagaimanap­un, Schumacher yang bermula di petak kelapan gagal menamatkan perlumbaan kerana terpaksa berhenti di pusingan kesembilan berikutan masalah tayar.

Pelumba Red Bull Racing, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan buat kali pertama di SIC diikuti rakan sepasukan Mark Webber.

Rosberg yang ketika itu sedang meningkat naik, meraih podium ketiga.

 ??  ?? BUTTON dinobatkan juara selepas mendahului saingan ketika hujan.
BUTTON dinobatkan juara selepas mendahului saingan ketika hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia