Harian Metro

Selangor jagoan

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Pasukan wanita bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS) dinobatkan selaku juara Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 pada masa sebenar di Stadium Hoki Kuantan, baru-baru ini.

Bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada penghujung babak kedua menjadi pencetus kejayaan skuad bimbingan Azman Ali apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas lawan yang dilihat melakukan kesilapan ketika peluang kemenangan sudah terhidang.

Azman berkata, nasib ternyata berpihak kepada pasukan MSSS (gambar) apabila menjaringk­an gol penyamaan seminit sebelum tamat masa sebenar permainan hasil kesilapan benteng pertahanan Pulau Pinang.

Katanya, sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan berjaya mempamerka­n permainan menarik sambil melakukan asakan bertali arus namun hanya dua gol saja berjaya dihasilkan

 Pasukan wanita bawah 18 julang trofi Hoki MSSM

sebelum penentuan juara terpaksa dilakukan menerusi penalti.

Katanya, rekod pencapaian pasukan wanita bawah 18 tahun MSSS dianggap cemerlang di peringkat MSSM apabila muncul juara pada 2011, 2013, 2015 dan 2017.

“Pembanguna­n bermula di peringkat sekolah rendah menjadi faktor kejayaan ini.

“Dua pemain MSSS sebelum ini pernah mewakili pasukan kebangsaan di pentas antarabang­sa dan kelibat mereka menjadi senjata sepanjang saingan MSSM musim ini hingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang penuh dramatik.

“Pengalaman luas pemain yang berada dalam satu pasukan sejak lebih empat tahun selain beraksi dalam banyak pertanding­an peringkat negeri dan kebangsaan turut menjadi kunci kemenangan kami,” katanya.

Azman berkata, janji pemain untuk melangkah ke perlawanan akhir dan menjulang kejuaraan hoki MSSM kali ini berjaya dibuktikan apabila bermain dengan baik sepanjang kejohanan yang dianggap lebih mencabar berbanding musim lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia