Harian Metro

Nadal kukuh cengkaman takhta

-

Paris: Rafael Nadal mengukuhka­n cengkamann­ya di puncak ranking tenis lelaki dunia awal pagi semalam selepas meraih gelaran Grand Slam ke-16 pada Terbuka AS, manakala Roger Federer (gambar) menggantik­an Andy Murray di tangga kedua.

Nadal dari Sepanyol dan pemenang 19 kejuaraan utama Federer menghuni tangga pertama dan kedua dalam senarai pemenang terbanyak Grand Slam sepanjang zaman namun ia kali pertama mereka menduduki dua tangga teratas ranking sejak 2011.

Nadal, 31, merampas semula status pemain nombor satu dunia daripada Murray beberapa minggu sebelum memenangi kejuaraan Terbuka AS kali ketiga dan kini mendahului agak selesa di depan juara Terbuka Australia dan Wimbledon, Federer.

Pemain legenda Switzerlan­d, Federer, 36, tidak begitu mantap di New York dan kecundang kepada Juan Martin Del Potro pada suku akhir.

Murray terlepas kejuaraan utama terakhir musim ini kerana kecederaan pinggul.

Pemain muda Jerman, Alexander Zverev melonjak ke ranking terbaik karier di tangga keempat sekalipun mengalami kekalahan mengejut pada pusingan kedua kepada Borna Coric di Flushing Meadows.

Pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson, yang tewas dalam tiga set kepada Nadal pada final awal pagi semalam, melonjak 17 anak tangga ke tangga ke-15, manakala Pablo Carreno Busta yang melakar kejutan layak ke separuh akhir acara Grand Slam, menghuni kelompok 10 teratas buat julung kali. -AFP

 ??  ?? NADAL bergambar bersama trofi Terbuka Amerika Syarikat.
NADAL bergambar bersama trofi Terbuka Amerika Syarikat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia