Harian Metro

Penamat duka Kimiko

-

Tokyo: Pemain tenis wanita paling dihormati dari Jepun, Kimiko Date mengucapka­n selamat tinggal kepada sukan itu selepas dikecewaka­n Aleksandra Krunic 6-0, 6-0 di kejohanan Terbuka Wanita Jepun semalam.

Bekas pemain nombor empat dunia yang bakal berusia 47 tahun akhir bulan ini ternyata bukan tandingan buat lawan dari Serbia berusia 24 tahun yang layak dipanggil anak.

Aleksandra hanya mengambil tempoh 49 minit untuk ‘membelasah’ Kimiko dalam aksi pusingan pertama yang berat sebelah di Tokyo.

Kimiko cuba mempelbaga­ikan gaya pukulannya pada set kedua namun gagal ketika Aleksandra, pemain ranking ke-67 dunia terus mencatat mata kemenangan.

“Ia sudah berakhir,” kata Kimiko yang menangis kepada peminatnya yang turut mengalirka­n air mata.

“Saya berasa sedih tetapi berterima kasih atas apa yang diberikan tenis kepada saya,” kata juara lapan kali Jelajah WTA yang berehat selama 12 tahun daripada aksi tenis profesiona­l selepas bersara di puncak prestasi pada 1996.

Kimiko menjalani dua pembedahan lutut sejak muncul di Terbuka Australia 2016 tetapi kembali beraksi Mei lalu.

Tenyata dia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menghalang Aleksandra yang selepas memeluk Kimiko memberitah­u dia bermula dengan rasa gementar.

“Saya mahu meminta maaf,” katanya. “Saya tidak suka menjadi orang yang mengalahka­nnya tetapi Kimiko mempunyai karier yang bagus.

“Memang kalut pada awal permainan. Mungkin apabila kembali ke bilik persalinan, saya akan menangis,” katanya yang akan berdepan pemain Amerika Syarikat Alison Riske. -AFP

 ??  ?? KIMIKO menerima cenderamat­a daripada WTA selepas tamat perlawanan menentang Aleksandra.
KIMIKO menerima cenderamat­a daripada WTA selepas tamat perlawanan menentang Aleksandra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia