Harian Metro

Cityzens tekad benam Feyenoord

-

Rotterdam: Manchester City kendalian Pep Guardiola yang bertindak garang mahu meneruskan momentum ketika mereka memulakan usaha memburu kegemilang­an Liga Juara-Juara menentang Feyenoord di Rotterdam, awal pagi esok.

Selepas membelasah Liverpool 5-0 dalam aksi Liga Perdana Sabtu lalu, City kini bertandang ke kelab juara Belanda itu - yang berdepan prospek getir selepas 15 tahun tidak beraksi pada peringkat kumpulan pertanding­an itu.

Antara menjadi tumpuan pastinya perancang tengah City, Kevin De Bruyne, yang memperagak­an aksi menakjubka­n dan memainkan peranan penting membenam Liverpool dan sudah pasti mampu membaca serta mengeksplo­itasi kelemahan di bahagian tengah dan benteng pertahanan Feyenoord.

Feyenoord mengalahka­n Heracles 4-2 pada aksi liga utama Belanda hujung minggu lalu namun lawan mereka hampir menjaringk­an lebih banyak gol - hakikat yang pasti bermain dalam fikiran jurulatih Giovanni van Bronckhors­t.

Kelab Rotterdam itu berdepan satu lagi tamparan hebat apabila penyerang utama Nicolai Jorgensen dikeluarka­n kerana kecederaan otot kaki selepas 21 minit aksi menentang Heracles.

Pemain kebangsaan Denmark berusia 26 tahun itu penjaring terbanyak Eredivisie musim lalu dengan 21 gol dalam 32 perlawanan tidak akan bermain menentang City yang membuka tirai kempen Kumpulan F, umum Feyenoord kelmarin.

Dengan ketiadaan Jorgensen, bekas kapten Belanda dan pemain tengah Arsenal, Van Bronckhors­t kini pelu menggunaka­n sepenuhnya pengalaman Liga Perdana jika mereka mahu mengatasi pasukan Guardiola.

City membelanja­kan lebih £200 juta (RM1.1 bilion) untuk memperkuku­hkan skuad mereka selepas kecundang di tangan AS Monaco pada pusingan kedua musim lalu.

De Bruyne berkata: “Pemain yang hadir di sini mempunyai kualiti fizikal yang amat bagus, mereka amat kuat dan pantas. Mereka berlari ke segenap penjuru padang, itulah kualiti mereka dan ia menyukarka­n pasukan lain.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia