Harian Metro

Klopp perlu kota janji

-

Liverpool: Apabila Juergen Klopp tiba di Liverpool pada Oktober 2015, beliau berjanji: “Jika kami duduk di sini dalam tempoh empat tahun, saya fikir kami akan menang satu kejuaraan,” katanya.

Bulan depan akan menandakan genap ulang tahun kedua pelantikan Klopp, separuh perjalanan daripada kontrak empat tahun.

Tidak diragukan ada peningkata­n dalam tempoh itu; pasukan yang berada di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeis apabila beliau tiba berakhir di tangga keempat musim lalu.

Sama ada ia semakin hampir memenangi trofi kejuaraan utama masih menjadi topik perdebatan.

Liverpool layak ke dua final dalam tujuh bulan pertama Klopp sebagai pengurus, tumpas menerusi penentuan penalti kepada Manchester City pada final Piala Liga di Wembley dan mengalami kekalahan 1-3 kepada Sevilla pada final Liga Europa di Basel.

Perjalanan di Eropah itu satu bonus yang tidak dijangka.

Jangkaan dan harapan di Anfield kini lebih tinggi namun Liverpool kelihatan jauh daripada satu pasukan lengkap ketika mereka bersiap sedia menentang Sevilla sekali lagi, kali ini dalam Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok.

Persembaha­n terbaik dan terburuk Liverpool pada 2017 terserlah apabila mereka menundukka­n Hoffenheim pada play-off bulan lalu untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Pasukan Klopp memperagak­an bisa serangan yang boleh mengancam mana-mana pasukan terbaik di Eropah.

Pemain baru Mohamed Salah pantas membentuk persefaham­an jitu dengan Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Salah dan Firmino kedua-duanya meledak gol ketika aksi di laman sendiri manakala Mane turut terbabit dalam dua daripada gol itu.

Jika memperkata­kan mengenai bakat serangan, mereka masih mempunyai Philippe Coutinho yang belum beraksi selepas dia gagal berpindah ke Barcelona. - AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia