Harian Metro

Spurs mahu hapus ‘badi’

-

London: Kecewa dengan beberapa siri pengalaman sengsara di Wembley, Tottenham Hotspur menanti kunjungan Borussia Dortmund awal pagi esok terdesak untuk akhirnya menghapus badi yang menghantui mereka di stadium kebangsaan itu.

Apabila anak buah Mauricio Pochettino memulakan kempen Liga Juara-Juara menentang kelab Jerman itu, bukan hanya mata berharga dalam Kumpulan H yang menjadi rebutan.

Bagi Tottenham, Wembley mungkin berbahaya menjadi halangan impian mereka mencabar kejuaraan di negara sendiri dan luar negara.

Kelab utara London itu terpaksa menggunaka­n Wembley ketika White Hart Lane kini dibina semula.

Namun Spurs kini sudah beraksi 12 perlawanan di Wembley sejak gelanggang terkenal itu dibangunka­n semula - menang hanya dua kali dan mengalami lapan kekalahan.

Kesukaran Tottenham di Wembley lebih ketara dalam Liga Juara-Juara musim lalu apabila mereka hanya menang satu daripada tiga perlawanan kumpulan di stadium itu.

CSKA Moscow muncul pasukan tunggal yang mampu mereka tewaskan namun kekalahan kepada AS Monaco dan Bayer Leverkusen menyaksika­n mereka tersingkir.

Malah bermain menentang Gent dalam Liga Europa di Wembley ternyata pengalaman menyakitka­n apabila kelab Belgium itu seri sekali gus menyingkir­kan Tottenham pada pusingan kedua.

Lebih parah lagi, badi Wembley terus menghantui Spurs hujung musim lalu apabila mereka tumpas aksi separuh akhir Piala FA 2-4 di tangan Chelsea.

Perbanding­an antara prestasi mereka di Wembley dan White Hart Lane bagai langit dengan bumi.

Bagaimanap­un Pochettino menegaskan pemainnya harus dipersalah­kan berikutan rekod di Wembley bukannya apa yang dikatakan satu sumpahan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia