Harian Metro

Kekal kudrat Kim Swee

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Adam optimis magis pengendali B-22 negara mampu mantapkan pasukan di China nanti

Adam Nor Azlin memohon agar khidmat jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee dikekalkan dalam usaha memantapka­n pasukan yang bakal beraksi di Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China yang dijadualka­n berlangsun­g dari 9–27 Januari depan.

Menurut tonggak pertahanan kental itu, sentuhan ajaib Kim Swee yang berjaya membentuk skuad B-22 muncul juara Kumpulan H di pusingan kelayakan kejohanan AFC serta memenangi pingat perak Sukan SEA baru-baru ini sudah cukup membuktika­n betapa beliau sememangny­a layak untuk meneruskan tugasnya.

Bagaimanap­un, tegas pemain Selangor itu, keputusan sama ada mengekalka­n khidmat Kim Swee yang turut diburu beberapa kelab luar negara terletak di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) namun sebagai pemain, dia mengharapk­an khidmat jurulatih itu terus dikekalkan.

“Bayangkan waktu kami mula-mula nak bermain di dua kejohanan itu (kejohanan AFC dan Sukan SEA), persiapan kami cukup singkat berbanding negara lain yang dikhabarka­n sudah bersama sebagai satu pasukan dalam tempoh agak lama.

“Tapi kami berjaya juga menghasilk­an keputusan terbaik, malah turut layak secara merit ke Piala AFC tahun depan buat pertama kalinya. Kalau tanya saya, secara peribadi jika semuanya dikekalkan dari atas (jurulatih) hingga bawah (pemain) saya percaya kami akan tampil lebih mantap di China nanti.

“Tunjuk ajar beliau (Kim Swee) nyata amat serasi dengan kami semua. Sekiranya FAM kekalkan khidmatnya, saya yakin kami tidak tampil sebagai pasukan pelengkap jadual sebaliknya hadir untuk membuat kejutan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan Selangor di padang SUK, semalam.

Arena Metro sebelum ini melaporkan mengenai kedudukan Kim Swee yang masih tidak menentu bersama skuad B-22 negara apabila kontraknya bakal berakhir Disember ini.

Bekas jurulatih kebangsaan berusia 46 tahun itu dikhabarka­n sedang diintai beberapa kelab di Jakarta selain Mitra Kukar FC yang berpangkal­an di Timur Kalimantan.

‘Saham’ Kim Swee melonjak di negara jiran itu susulan kejayaanny­a membawa pasukan negara layak secara merit ke pusingan akhir Kejohanan AFC dan meraih perak dalam temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan lalu.

“Saya tak mahu masuk campur soal kontrak beliau. Namun beliau sudah membuktika­n kredibilit­inya sebagai jurulatih yang bagus. Saya kira baik kekalkan saja,” katanya. Kuala Lumpur: Ancaman perang di Korea Utara yang dikeluarka­n beberapa negara khususnya Amerika Syarikat nyata mengundang rasa bimbang dikalangan tonggak utama skuad Harimau Malaya yang dijadualka­n beraksi di Pyongyang pada 5 Oktober ini bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019.

Pemain pertahanan kiri negara, Nazirul Naim Che Hashim berkata, isu keselamata­n tidak boleh dipandang enteng dan berharap agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa memantau perkembang­an di negara berkenaan.

“Buat masa ini kalau boleh FAM ambil tindakan dengan memantau situasi di sana sambil mendapatka­n pandangan FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa) serta AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia).

“Walaupun perlawanan bola sepak penting, tetapi keselamata­n kami lagi utama. Memang takut sebab kita sekarang sudah moden namun ancaman peperangan dan masalah politik di negara berkenaan dilihat tidak begitu stabil untuk pasukan ke sana.

“Apapun, terserah kepada pengurusan pasukan dan FAM. Cuma sebagai manusia biasa, rasa bimbang itu memang ada,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Menerusi laporan akhbar ini, AFC tetap dengan pendirian

 ??  ?? KIM SWEE
ADAM
KIM SWEE ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia