Harian Metro

Nazirul tetap resah walau ada jaminan

-

untuk meneruskan aksi antara Korea Utara dan Malaysia di Pyongyang walaupun ketika ini wujud kegusaran kemungkina­n tercetusny­a perang negara Asia Timur itu.

Ia susulan tindakan tentera Kim Jong-un melancarka­n ujian nuklear keenam yang kemudianny­a mencetuska­n kecaman global terutamany­a dari Amerika Syarikat yang melihat tindakan itu sebagai meminta untuk berperang.

Bagaimanap­un, menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa perkembang­an politik di negara berkenaan.

Katanya, berdasarka­n aksi sebelum ini antara Korea Utara dan Lubnan yang diadakan di Pyongyang pada 5 September lalu, tuan rumah berjaya mengendali­kan pertemuan itu dengan baik.

Malah, aksi membabitka­n wakil kelab Korea Utara iaitu 4.25 FC dalam saingan Piala AFC yang bakal bertemu Bengaluru FC di Pyongyang hari ini turut akan dipantau oleh AFC.

Buat tonggak tengah kebangsaan, Baddrol Bakhtiar, dia mengaku bersedia untuk beraksi dan mahu berjuang habis-habisan.

“Soal takut atau tidak bagi saya ia perkara kedua. Paling mustahak kami kena dapatkan kemenangan biarpun terpaksa masuk ke negara itu,” katanya.

Ketika ini, skuad kendalian Nelo Vingada berada dalam situasi terdesak untuk meraih kemenangan selepas sekadar memungut satu mata daripada dua perlawanan apabila tewas 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 ketika menentang Hong Kong di Larkin, minggu lalu.

 ?? Nazirul Naim Che Hashim ?? Walaupun perlawanan bola sepak penting, tetapi keselamata­n kami lagi utama”
Nazirul Naim Che Hashim Walaupun perlawanan bola sepak penting, tetapi keselamata­n kami lagi utama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia