Harian Metro

Skuad B-19 isi slot separuh akhir

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad bawah 19 tahun (B-19) melangkah ke separuh akhir Kejuaraan B-18 AFF 2017 selaku juara Kumpulan A apabila terikat 1-1 dengan Thailand di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar, semalam.

Keputusan itu menyaksika­n skuad kendalian Bojan Hodak menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berkongsi 13 mata dengan Thailand tetapi memiliki kelebihan jaringan.

Lawan skuad negara di separuh akhir nanti adalah naib juara Kumpulan B yang akan ditentukan antara Vietnam, Myanmar atau Indonesia apabila masing-masing mengharung­i satu lagi perlawanan peringkat kumpulan, hari ini.

Malaysia mempamer aksi cemerlang selepas meraih empat kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini termasuk menewaskan Laos 4-1, Singapura (3-1), Timor Leste (3-0) dan Kemboja (2-0).

Pada aksi semalam, kedua-dua pasukan yang sudah mengesahka­n tempat ke separuh akhir menampilka­n permainan berhati-hati dengan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan pada babak pertama.

Anak buah Hodak terpaksa menunggu hingga minit ke-49 untuk untuk berada di depan selepas hantaran Muhammad Nurfais Johari disudahkan dengan rembatan menarik Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Sepuluh minit kemudian, Nik Akif berpeluang untuk menggandak­an jaringan buat skuad negara namun rembatanny­a di dalam kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Thailand.

Bagaimanap­un, impian skuad negara untuk meneruskan rentak kemenangan musnah menerusi jaringan penyamaan daripada kapten Thailand, Kritsada Kaman yang menyudahka­n bola sepakan percuma Jaturapat Sattham pada minit ke-63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia