Harian Metro

Saya ok aje...

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

“Saya tiada halangan untuk kembali bersama Negeri Sembilan musim depan kerana saya pun masih mempunyai kontrak dengan PBNS,” kata penyerang muda sensasi skuad bawah 22 tahun (B-22), N Thanabalan. Pemain berusia 22 tahun kelahiran Rantau itu dipinjamka­n Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selama semusim kepada FELCRA FC yang bersaing dalam Liga FAM 2017. Menurutnya, minatnya untuk menabur bakti kepada pasukan negeri kelahirann­ya itu tetap menebal kerana PBNS banyak membantu dan memainkan peranan penting dalam mengasah bakatnya.

“Secara peribadi, saya tiada halangan untuk kembali bersama Negeri Sembilan. Mana-mana pemain pun pastinya mempunyai minat yang lebih mendalam untuk mewakili pasukan negeri kelahiran.

“Tetapi kita tak boleh nak cakap kerana dalam era bola sepak profesiona­l ketika ini, kita tidak dapat jangka kerana apa-apa perubahan boleh berlaku dan banyak faktor yang akan mempengaru­hi seseorang pemain,” katanya.

Thanabalan mencuri tumpuan apabila kelincahan­nya membantu skuad B-22 negara mara ke pentas final temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan lalu.

Thanabalan menjaringk­an gol tunggal ketika Malaysia membenam Indonesia pada peringkat separuh akhir namun dia gagal membantu pasukan negara meraih pingat emas, selepas skuad B-22 tewas kepada Thailand, 0-1, di pentas final.

Baru-baru ini, Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaska­n bahawa pemain muda sensasi itu akan kembali bersama skuad Hoben Jang Hoben bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Mohamad juga berkata, PBNS sentiasa memantau perkembang­an pemain berkenaan kerana dia adalah antara permata bola sepak yang berjaya dilahirkan persatuan menerusi program pembanguna­n bermula dengan Piala Belia.

“Dia seorang pemain muda yang berbakat dan penyerang berkualiti. Kita (PBNS) sendiri tidak mahu kehilangan pemain sepertinya,” kata Mohamad.

Thanabalan berkata, setakat ini belum ada lagi apa-apa perbincang­an tentang persiapan musim depan.

Menurutnya, fokusnya ketika ini adalah untuk membantu skuad yang diwakiliny­a (FELCRA FC) meraih kejayaan sekali gus muncul juara Piala FAM.

“Saya berharap dapat membantu FELCRA FC menjulang kejuaraan Liga FAM tahun ini dan seterusnya layak beraksi dalam saingan Liga Perdana musim 2018,” katanya.

 Thanabalan tiada halangan kembali perkuat Hoben Jang Hoben musim depan

 ??  ?? THANABALAN
THANABALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia