Harian Metro

Pahang tumpu mantap pertahanan

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Skuad Pahang yang akan melayan kunjungan Perak pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini perlu memberi tumpuan kepada bahagian pertahanan bagi mengelak daripada sebarang keputusan negatif.

Kesilapan yang dipersemba­hkan ketika pertemuan dengan T-Team pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A membuktika­n betapa semua pemain perlu memberikan komitmen tinggi jika mahu mencabar Perak yang dilihat lebih bertenaga.

Dua gol mudah yang dilepaskan selain hampir membenarka­n pelawat menjaringk­an gol pada lewat permainan perlu segera diatasi.

Penolong jurulatih, Ahmad Shahruddin Rosdi

mengaku faktor berkenaan boleh mengakibat­kan pasukan berputih mata dan menyeru semua pemain supaya tidak lagi melakukan kesilapan serupa pada perlawanan akan datang.

Katanya, kekurangan yang dipersemba­hkan skuad itu diharap tidak diulangi

 Shahruddin resah benteng mudah goyah diasak lawan

(gambar kecil)

apabila bertemu Perak yang sudah pasti mahu mencatat keputusan positif pada perlawanan itu nanti.

“Namun, saya percaya dengan kemenangan 3-2 ke atas T-Team akan membangkit­kan semangat buat semua pemain untuk beraksi dengan lebih baik dalam mencapai misi ke pentas final.

“Saya harap kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatk­an sebaik mungkin iaitu mencatat kemenangan selesa sebagai bekalan pada suku akhir kedua nanti,” katanya.

Katanya, kelebihan yang ada seharusnya dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh pemain untuk saling bekerjasam­a dan membentuk persefaham­an mantap dalam usaha memberi tekanan kepada lawan.

“Sokongan padu peminat juga diharap membantu moral pemain untuk beraksi lebih baik dan mencatat kemenangan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Pahang perlu waspada ancaman Perak ditempat sendiri, Sabtu ini.
PEMAIN Pahang perlu waspada ancaman Perak ditempat sendiri, Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia